Goda'an Iblis Kepada Wanita


Zaman Modern sekarang. Wanita sudah tidak memperhatikan lagi auratnya, malah sudah menjadi kebiaasan menampilkan auratnya kepada Lelaki. Naudzubillah.

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus..
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai kudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi."Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Kudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka Kudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari Kudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya Kudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika Kudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruhnya
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.""Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Oleh Karena itu. Jika kita mempunyai Saudara Wanita, atau sahabat Wanita. Ingatkanlah Dia agar selalu menjaga Auratnya. sesungguhnya yang demikian lebih bagus.

comment 15 komentar:

syaikoni on February 28, 2010 at 10:42 PM said...

semoga dakwah ini memberikan ....hikmah bagi para pemnbcany amain ...

akhatam on March 1, 2010 at 12:13 AM said...

Subhanalloh... Emang Dasar Syaiton!!

sains on March 3, 2010 at 5:08 AM said...

moga2 para akhwat bisa menjaga auratnya... terkadang saya tidak merasa nyaman jika di depan ada wanita berpakaian ketat

Uchu on March 3, 2010 at 5:11 AM said...

@sains..
Iyya, semoga para akhwat dapat menjaga auratnya. agar negara kita ini tampak kalau negar Islam

ijo crumut on March 3, 2010 at 6:13 AM said...

Mantap gan postingannya... keep posting like this gan :a:

akmalFRZ on March 3, 2010 at 6:17 AM said...

Hmmm . . .jadi seorang perempuan memang berat yuaaa . .

be better on March 3, 2010 at 7:05 PM said...

Auratmu adalah harga dirimu, wanita keliatan murahan jika selalu mengumbar auratnya, demikian pula sebaliknya. So jangan turuti kata iblis dan jangan turuti hawa nafsu. jalan menuju neraka lebih mahal dari pada jalan menuju surga yang bahkan gratis....

Ghostech on March 3, 2010 at 7:48 PM said...

datang berkunjung bro ...
semoga dapat bermamfaat untuk semua orng ... :)

aan on March 4, 2010 at 8:00 AM said...

Seorang muslimah bagaikan perhiasan yang indah. Dan muslimah yang baik tidak akan memperlihatkan keindahannya kepada siapapun kecuali kpd suaminya

iswady on March 5, 2010 at 7:15 PM said...

artikel menarik, terutama buat jilbab metal yang hanya menggunakan jilbab sebagai tutup kepala

Uchu on March 6, 2010 at 7:33 AM said...

Iyyaaah, semoga para Saudara Wanita kita dapat menyadari bahwa mereka telah terkena goda'an Iblis Laknatullah. :i:

soff-tis on March 7, 2010 at 4:06 PM said...

terus berkarya mengingatkan umat jalan kebenaran.

hiabrother on March 8, 2010 at 9:18 PM said...

Sangat berguna :l:

Vibie 22 on March 9, 2010 at 6:57 AM said...

Knapa harus WANITA,,sih????
Hiks,,,
Skali2 postingin godaan iblis ke cowok,,,donk...http://img38.imageshack.us/img38/8361/byebyen.png

Uchu on March 9, 2010 at 7:57 AM said...

@ Vibie 22,. Oleh karena itu saudaraku, karena sudah tahu apa saja yang Iblis godakan terhadap kaum hawa, maka usahakan untuk menghindarinya. keep smile, Wanita mempunyai derajat yang tinggi looh,. jadi g usah bersedih. :10:

Post a Comment

Gunakan Hak Saudara sebagai Blogger untuk meninggalkan komentar sauadara Di Artikel Ini._^

 
© 2010 StiLL MusLim is proudly powered by Blogger